Essay: Learning Theory Behaviorism (Teori Pembelajaran Behaviorisme)

2.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun, selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa.

Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa reaksi (respond). Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon. Oleh sebab itu, apa yang diberikan oleh guru iaitu stimulus dan apa yang diterima oleh pelajar iaitu respon harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran kerana pengukuran merupakan perkara yang penting untuk melihat terjadi atau tidak perubahan tingkah laku tersebut.

2.1 Teori Behaviorisme menurut J.B Watson

J.B Watson (1878-1958), seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, merupakan orang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajian banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Kajian beliau, yang terkenal ialah mengenai emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Mengikut Watson, tingkah laku manusia merupakan reflex terlazim iaitu suatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Dengan kata lain, semua pembelajaran adalah pelaziman klasik Watson berpendapat gerakan-gerakan refleks yang mudah misalnya berkelip mata, bersin apabila hidung gatal dan sebarang tindakan yang dilakukan secara semulajadi adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Selain daripada tingkah laku, Watson pula menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi semula jadi iaitu takut, marah, dan kasih saying. Emosi manusia atau perubahan dipelajari melalui proses pelaziman.

2.1.1 Implikasi Teori Pembelajaran J.B Watson

Menurut beliau, semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajarkan melalui ransangan yang sesuai. Seterusnya, untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, pelajar perlu belajar cara perhubungan gerak balas secara sistematik. Selain itu, teori ini memberi implikasi untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan- latihan hendaklah dijalankan secara kerap. Dalam proses pengajaran,guru hendaklah menggunakan rasangan yang boleh memotivasikan murid untuk minat belajar dan mengelakkan pengunaan ransangan yang membawa kepada kesan negatif.

2.2 Teori Behaviorisme menurut Thorndike

Menurut Thorndike, belajar adalah proses interaksi antara stimulus dan respon. Stimulus adalah apa yang merangsang terjadinya aktiviti belajar seperti fikiran, perasaan, atau hal-hal lain yang dapat dikesan melalui pancaindera. Manakala, respon adalah reaksi yang muncul apabila peserta dididik ketika belajar, dan yang dapat pula adalah berupa fikiran, perasaan, gerakan atau tindakan. Jadi, perubahan tingkah laku akibat kegiatan belajar dapat dikategorikan sebagai konkrit, iaitu yang dapat diamati, atau tidak konkrit iaitu yang tidak dapat diamati. Meskipun aliran behaviorisme sangat mengutamakan pengukuran, tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana cara mengukur tingkah laku yang tidak dapat diamati. Teori Thorndike ini disebut pula dengan teori koneksionisme. Thorndike berjaya membentuk tiga hokum iaitu Hukum kesediaan, Hukum latihan, Hukum kesan. Hukum kesediaan merupakan keupayaan persiapan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Manakala hokum latihan pula menyatakan bahawa semakin byak latihan yang dijalankan semakin bertambah kukuh ikatan gerak balas yang tertentu dengan ransangan yang berkaitan. Hukum kesan menyatakan bahawa ikatan ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.

2.1.2 Implikasi Teori Pembelajaran Thorndike

Antara implikasi Teori Pembelajaran Thorndike ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas pelajar dengan memperbanyak aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Seterusnya memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respon antau gerak balas yang betul daripada pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

2.3 Teori Pembelajaran Behaviorisme Ivan Pavlov

Ivan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun. Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden. Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

2.4 Teori Pembelajaran Behaviorisme B.F Skinner

Manakala menerusi B.F Skinner pula, beliau mengutarakan teori behaviorisme adalah teori. Menurut Nana Sudjana, 1990 pendekatan Skinner adalah operant conditioning, yang merupakan penerusan dan perluasan secara tepat dari hokum Thorndike. Ia mengakui adanya fenomena conditioning yang klasik dari Pavlov dalam perilaku manusia dan binatang, tetapi itu tidak dianggap terlalu penting.

2.4.1 Implikasi Teori Pembelajaran B.F Skinner
Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Selain itu, penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negative yang membawa kesakitan. Seterusnya, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yangtidak diingini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu sama ada peneguhan positif atau negatif

2.5 Kelebihan teori pembelajaran behaviorisme

Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.

Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

2.6 Kelemahan Teori Behaviorisme

Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan daripada situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.
Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

2.7 Implikasi teori pembelajaran behaviorisme
Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar.

Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh.
faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.
Selain itu juga, dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Source: Essay UK - http://www.essay.uk.com/essays/education/essay-learning-theory-behaviorism-teori-pembelajaran-behaviorisme/


Not what you're looking for?

Search our thousands of essays:

Search:


About this resource

This Education essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.


  • Order a custom essay
  • Print this page
  • Search again

Word count:

This page has approximately words.


Share:


Cite:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay UK, Essay: Learning Theory Behaviorism (Teori Pembelajaran Behaviorisme). Available from: <http://www.essay.uk.com/essays/education/essay-learning-theory-behaviorism-teori-pembelajaran-behaviorisme/> [24-08-17].


More information:

If you are the original author of this content and no longer wish to have it published on our website then please click on the link below to request removal:


Essay and dissertation help


Latest essays in this category:


Our free essays:

badges